Hadapi Konflik Pergaulan Dengan Bijak

1. Tidak semua orang sempurna

Anda tidak boleh berharap semua orang yang berinteraksi dengan anda memiliki
sejarah bersih tanpa pernah melakukan sebarang kesilapan. Jika itu yang
diinginkan, pasti anda bakal kecewa jika disakiti oleh teman, sahabat baik mahupun
saudara sendiri. Jika telah disakiti, menghindari mereka bukanlah
penyelesaian terbaik. Mengapa anda tidak berkawan dengan mereka sahaja? Tidak
ada manusia yang sempurna. Anda memang boleh mengandaikan selama ini
anda tidak pernah menyakiti orang lain. Tetapi, mungkin perkara itu berlaku tanpa
anda sedari. Cuba anda fikirkan, pernah atau tidak tiba-tiba rekan sepejabat anda tidak mau menegur dan sering menjauhkan diri? Sedangkan anda tidak tahu apakah
kesilapan yang telah dilakukan. Inilah yang dikatakan, ‘nobody is perfect’. Jadi jangan sesekali menghakimi orang lain kerana dia telah melakulkan kesilapan. Begitu juga apabila anda cuba berkawan dengan orang yang mempunyai sejarah hidup yang ‘hitam’ suatu ketika dahulu. Anda harus belajar menerima dia seadanya. Jangan sesekali mengungkit kesilapannya pada masa lalu.



2. Belajar Memaafkan

Jika ingin kembali berkawan dengan orang yang pernah menyakiti diri anda, mulailah
dengan memaafkannya. Selagi anda masih menyimpan perasaan benci, marah dan
dendam terhadap individu tersebut, selagi itulah anda tidak akan dapat menjalinkan
hubungan kembali. Memanglah tidak mudah memaafkan orang yang pernah
menyakiti hati, tetapi sampai bila anda mau terus memusuhinya? Contohnya, jika
anda bergaduh besar dengan sahabat baik, walaupun anda sangat marah kepadanya
ketika itu, namun jauh di sudut hati, pasti anda tidak mau kehilangan dia.

Sahabat baik memang diperlukan untuk berkongsi suka dan duka. Cara terbaik
untuk mengelakkan persahabatan bertukar menjadi musuh ialah, ambil masa
meredakan kemarahan masing-masing dahulu. Selepas itu, barulah duduk dan
berbincang dari hati ke hati. Cara ini lebih baik berbanding masing-masing menarik
muka masam. Satu lagi keadaan yang perlu diatasi ialah, apabila selalu bertemu
dengan rakan sekerja yang terang-terangan mengkhianati anda. Jangan sesekali
melarikan diri, sebaliknya buat tidak tahu sahaja, sapa sewajarnya dan tidak perlu
terlalu akrab dengannya. Tunjukkan kita sudah tidak sakit hati lagi dan telah
memaafkannya.

3. Berani menerima risiko

Jika anda mengambil keputusan untuk berkawan dengan mereka yang mempunyai latar belakang yang kurang baik, ini bermakna, anda mengambil risiko yang cukup besar. Misalnya anda harus bersedia menerima pandangan serong masyarakat yang selalunya tidak boleh menerima individu yang sebegitu. Silap-silap anda juga dituduh sama sperti mereka. Contohnya, masyarakat mudah memberikan andaian jika anda berkawan dengan mereka yang jahat atau bekas penagih dadah, pasti anda juga dituduh sama seperti mereka. Tetapi jangan cepat melatah, yang penting anda tahu apa yang anda lakukan. Lebih-lebih lagi jika anda sedang berusaha membimbing rakan berubah ke jalan positif.

4. Tetap Berwaspada

Walaupun anda berani mengambil risiko, tetapi ini tidak bererti anda harus mempercayainya seratus peratus. Anda mesti sentiasa berwaspada terhadapnya. Lebih-lebih lagi jika individu tersebut pernah melakukan kesalahan jenayah atau hal lain yang boleh mengancam karier dan hidup anda. Contohnya, menerima ajakan bekas teman lelaki untuk kembali setelah dia memukul anda kerana kesalahan yang tidak anda lakukan merupakan tindakan yang tidak bijaksana. Pengalaman sudah membuktikan bahawa dia merupakan seorang yang suka menggunakan dan kuat cemburu. Jadi tidak salah anda tetap berwaspada menghadapi segala tindakannya. Siapa tahu, sikap manisnya itu hanya untuk mengaburi mata. Begitu juga dengan kawan yang pernah terjerumus dengan
najis dadah. Potensi dia kembali lagi menjadi penagih tetap ada. Jangan sesekali
mempercayainya dengan sepenuhnya. Jika dia sering berkunjung ke rumah anda,
pastikan anda periksa bilik tidur dan beg tangan dengan kerap. Mana tahu ada
barang yang hilang. Selain itu, periksa juga setiap barang yang diberikan. Siapa tahu
dia sebenarnya masih belum insaf.


5. Jangan memaksa

Jika menghadapi konflik dengan bekas teman lelaki, langkah ini perlu diambil.
Sebagai individu yang pernah dekat dengan diri anda, tentu sukar untuk
bersikap biasa sahaja setelah terbukti dia memutuskan perhubungan tanpa alasan
yang jelas. Pastikan anda tidak memaksa diri untuk memaafkannya sedangkan jauh
di sudut hati anda masih belum bersedia untuk melakukannya. Daripada terus dibayangi pengalaman buruk, lebih baik cuba hindarinya. Cukup sekadar berhubungan setahun sekali, contohnya pada hari raya. Perlu diingatkan, setiap individu mempunyai alat pengukurnya sendiri, iaitu sampai sejauh mana dia boleh tetap berhubungan dengan seseorang. Ada yang mahu kembali akrab, tetapi ada juga yang membatasinya dengan hanya bertegur sapa jika bertembung ketika berjalan. Anda sendirilah yang menentukan. Jika anda memaksa diri untuk berkawan baik, padahal sebenarnya anda tidak rela, ia hanya akan menyakitkan hati. Anda harus pandai mengambil langkah, bila anda harus menjalinkan hubungan baik dan bila harus menghindarinya. Menjaga jarak bukan bererti kita bermusuh dengan orang lain. Jadi, selepas ini jika kebetulan bertembung dengan bekas teman lelaki berjalan dengan kekasih barunya, usahlah cuba mengelaknya. Memang tidak mudah untuk menjalinkan persahabatan setelah bercinta. Tetapi, jika anda tidak tahu hasilnya. Satu perkara yang pasti, anda akan lebih dewasa dalam menghadapi konflik dan makin pandai mengatasi berbagai situasi.

Comments

Popular posts from this blog

Karya Kelas TKJ 2

Karya Kelas DRBK 2

Karya Kelas DRBK 1